Sunday 8 July 2012

LAWATAN VP ND PN ASMAWATI YUSOF KE ANDKL

Pada 9 Mac 2012, dalam kesibukan waktu kerja harian VP Network Development, Pn. Asmawati Binti Yusof telah sanggup meluangkan masa dan melakukan lawatan kerja rasmi ke Access Network Development Kuala Lumpur (ANDKL). Lawatan VP, ND ini adalah julung kali diadakan di ANDKL bertujuan untuk beramah mesra bersama semua anggota  di ANDKL. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh GM ND Central, En Aznan Bin Ramli. Seramai 82 anggota ANDKL menyertai sesi ini. Aturcara bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Kristal dan disusuli dengan bacaan doa. Kemuncak aturcara program ialah dengan ucapan dan kata-kata perangsang oleh VP, ND Pn. Asmawati dan GM ND Central En. Aznan kepada semua staff di ANDKL. Tidak ketinggalan juga taklimat halatuju dan pencapaian ANDKL sepanjang 2011 turut disampaikan juga oleh AGM ANDKL, Cik Khairiah Binti Md Tahir untuk dikongsikan bersama. Di penghujung sesi tersebut program dibuka kepada semua staff untuk sesi soal jawab bersama Pengurusan ND. Dikesempatan ini juga,  Pengurusan ANDKL telah berbesar hati menyediakan Sijil Penghargaaan HSBB kepada semua anggotanya yang terlibat secara terus didalam perlaksanaan dan pembangunan projek HSBB bagi kawasan PTT Kuala Lumpur yang melibatkan 15 Ibusawat bermula dari Mini Roll Out tahun 2008 sehingga sekarang. Penyampaian Sijil Penghargaan ini telah disempurnakan oleh VP, ND Pn. Asmawati dan diiringi oleh GM ND Central En. Aznan diserahkan kepada semua Pengurus bagi mewakili semua anggota di unit masing-masing. Sebagai ingatan tulus Ikhlas dan terima kasih, AGM ANDKL Cik Khairiah bagi mewakili Pengurusan ANDKL telah menghadiahkan cenderahati kepada Pn. Asmawati dan En. Aznan. Program ini diselitkan juga dengan mengambil photo semua staff ANDKL bersama Pengurusan ND sebagai photo kenangan sempena lawatan dan diselitkan juga sejenak dengan majlis sambutan harijadi VP, ND Pn. Asmawati yang jatuh pada bulan Mac dan diraikan bersama oleh semua staff. Program diakhiri dengan jamuan ringan. Sepanjang sesi tersebut dapat dilihat ianya amat memberansangkan minda untuk halatuju 2012 kerana semua anggota bawahan dapat bertemu secara dekat dan berkongsi maklumat bersama VP ND dan GM ND Central. Anggota-anggota di ANDKL telah memberi komen dan maklum balas yang amat positif mengenai sesi ini dan berharap agar program sebegini dapat dibuat oleh Pengurusan IT&NT yang lain untuk akan datang.

Monday 2 July 2012

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar ANDKL vs RNO

Perlawanan bola tampar persahabatan kali kedua telah diadakan pada 25hb Jun 2012 jam 09.00 malam di Gelanggang bola tampar Ibusawat Maluri antara ANDKL vs RNO.

Pada perlawanan kali ini, pertembungan kedua-dua pasukan terlalu sengit kerana kedua-dua pasukan sentiasa memberikan saingan yang jitu sehingga ke penghabisan tamparan bola yang terakhir.

Akhirnya, kemenangan berpihak kepada RNO dengan mata kemenangan 3 - 2.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah mempamirkan semangat kesukanan dalam suasana yang harmoni.










Next Time kita lawan lagi.  Go ANDKL Go.

Badminton Tournament ND Central 2012

Kejohanan Badminton ND Central telah diadakan pada 1hb Julai, 2012 bermula jam 08.00 pagi. Kejohanan dipertandingkan di Dewan Badminton Menara TM. Antara pasukan yang menyertai kejohanan ini ialah ANDKL, ANDST, ANDPJ, ANDSB, ANDMSC dan HSBBXS

Pasukan ANDKL telah menjadi Johan dlm kejohanan kali ini.

Keputusan penuh perlawan yang melibatkan ANDKL :

ANDKL lwn ANDSB. ANDKL menang 4-1
ANDKL lwn ANDPJ. ANDKL bagi mereka menang dahulu 2-3

Semifinal
ANDKL lwn ANDST. ANDKL menang 3-1

Final
ANDKL lwn ANDPJ. ANDKL menang 3-0


Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah berjuang habis-habisan hingga ke pukulan bulu tangkis yang terakhir.

PERLAWANAN BOLATAMPAR PERSAHABATAN ANTARA ANDKL vs NMC SELANGOR

Satu perlawanan bola tampar persahabatan di antara ANDKL vs NMC Selangor telah diadakan pada 29hb. Mei 2012 bermula jam 09.00 malam hingga 11.00 malam bertempat di gelanggang bola tampar Ibusawat Maluri dengan kemenangan kepada pasukan ANDKL 4 - 1.






Perlawanan malam ini berjalan dalam keadaan hujan yang turun sejak petang lagi. Atas nama semangat kesukanan dan kesetiakawanan, perlawanan tetap diteruskan walaupun dalam hujan turun.

ANDKL MEWAKILI ND MALAYSIA PADA PROGRAM PRE-AWARD EVENT

ANDKL telah mewakili ND Malaysia bagi menyertai program Pre-Award Ceremony & TM Award Nite 2012 di Pullman Putrajaya pada 16hb. Jun 2012.

ANDKL telah membolot semua kategori medal yang dipertandingkan :
1. Sepakan Penalti (Bend it like Beckham) - ANDKL telah mengalahkan semua team lawan (Johanlah tu)dengan memperoleh nilai jaringan sebanyak RM10 Billion. (RM7 Billion pusingan awal dan RM3 Billion pertandingan akhir) - Sebiji macam Beckham tu.

2. Juggle like Messi - ANDKL telah mendapat tempat kedua dengan timbangan sebanyak 138 kali tewas kepada pasukan tempat pertama dengan timbangan sebanyak 178 kali. Masa ni Messi tolong team dia orang. Kalau tak mesti kita johan punya.

3. Dribble like Ronaldo - ANDKL sekali lagi menjadi johan setelah mengatasi semua team lawan yang ada. ANDKL mendapat jumlah nilai tertinggi pada perlawanan akhir dengan nilai dribble sebanyak RM150 juta dalam masa terpantas 2minit 45 saat meninggalkan pasukan tempat kedua dengan nilai RM108 juta dalam masa 4 minit 12 saat.



Tahniah kepada pasukan ANDKL yang telah diberi kepercayaan mewakili ND Malaysia untuk program kali ini.

Friday 25 May 2012

Majlis Kesyukuran ANDKL di Pullman Putrajaya

Majlis kesyukuran meraikan kecemerlangan ANDKL telah diadakan di Pullman Putrajaya pada 24hb.May 2012 jam  12.30 tengahari hingga 2.00 petang. Majlis ini berlangsung dalam suasana yang sangat harmoni. Majlis dihadiri oleh semua kakitangan ANDKL serta beberapa orang jemputan khas dari PPM dan wakil GM. Majlis telah diuruskan oleh beberapa orang jawatankuasa yang dilantik untuk tujuan ini. Pengurusan ANDKL mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.




































































































Terima kasih.

Engagement Session AND KL bersama GM KL/MSC

Engagement Session AND KL bersama GM KL/MSC telah diadakan pada 10hb. Februari 2023 di perkarangan tempat letak kereta TM Bukit Anggerik. Ma...