Sunday 8 July 2012

LAWATAN VP ND PN ASMAWATI YUSOF KE ANDKL

Pada 9 Mac 2012, dalam kesibukan waktu kerja harian VP Network Development, Pn. Asmawati Binti Yusof telah sanggup meluangkan masa dan melakukan lawatan kerja rasmi ke Access Network Development Kuala Lumpur (ANDKL). Lawatan VP, ND ini adalah julung kali diadakan di ANDKL bertujuan untuk beramah mesra bersama semua anggota  di ANDKL. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh GM ND Central, En Aznan Bin Ramli. Seramai 82 anggota ANDKL menyertai sesi ini. Aturcara bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Kristal dan disusuli dengan bacaan doa. Kemuncak aturcara program ialah dengan ucapan dan kata-kata perangsang oleh VP, ND Pn. Asmawati dan GM ND Central En. Aznan kepada semua staff di ANDKL. Tidak ketinggalan juga taklimat halatuju dan pencapaian ANDKL sepanjang 2011 turut disampaikan juga oleh AGM ANDKL, Cik Khairiah Binti Md Tahir untuk dikongsikan bersama. Di penghujung sesi tersebut program dibuka kepada semua staff untuk sesi soal jawab bersama Pengurusan ND. Dikesempatan ini juga,  Pengurusan ANDKL telah berbesar hati menyediakan Sijil Penghargaaan HSBB kepada semua anggotanya yang terlibat secara terus didalam perlaksanaan dan pembangunan projek HSBB bagi kawasan PTT Kuala Lumpur yang melibatkan 15 Ibusawat bermula dari Mini Roll Out tahun 2008 sehingga sekarang. Penyampaian Sijil Penghargaan ini telah disempurnakan oleh VP, ND Pn. Asmawati dan diiringi oleh GM ND Central En. Aznan diserahkan kepada semua Pengurus bagi mewakili semua anggota di unit masing-masing. Sebagai ingatan tulus Ikhlas dan terima kasih, AGM ANDKL Cik Khairiah bagi mewakili Pengurusan ANDKL telah menghadiahkan cenderahati kepada Pn. Asmawati dan En. Aznan. Program ini diselitkan juga dengan mengambil photo semua staff ANDKL bersama Pengurusan ND sebagai photo kenangan sempena lawatan dan diselitkan juga sejenak dengan majlis sambutan harijadi VP, ND Pn. Asmawati yang jatuh pada bulan Mac dan diraikan bersama oleh semua staff. Program diakhiri dengan jamuan ringan. Sepanjang sesi tersebut dapat dilihat ianya amat memberansangkan minda untuk halatuju 2012 kerana semua anggota bawahan dapat bertemu secara dekat dan berkongsi maklumat bersama VP ND dan GM ND Central. Anggota-anggota di ANDKL telah memberi komen dan maklum balas yang amat positif mengenai sesi ini dan berharap agar program sebegini dapat dibuat oleh Pengurusan IT&NT yang lain untuk akan datang.

No comments:

Post a Comment

Engagement Session AND KL bersama GM KL/MSC

Engagement Session AND KL bersama GM KL/MSC telah diadakan pada 10hb. Februari 2023 di perkarangan tempat letak kereta TM Bukit Anggerik. Ma...