Tuesday 10 July 2018

SAMBUTAN AIDILFITRI 2018
AND KUALA LUMPUR

Sambutan Aidilfitri 2018 AND KL telah diadakan pada 10hb. Julai 2018 mulai jam 11 pagi hingga 2 petang bertempat di perkarangan NODE Bukit Anggerik.

Sambutan kali ini dihadiri oleh semua kakitangan ANDKL dan juga tetamu-tetamu jemputan dari kalangan kakitangan TM yang lain seperti dari State Kuala Lumpur, RNO, BFFM, kakitangan ANDKL yang telah pencen dan berpindah serta wakil dari pihak kontraktor. Majlis juga diserikan juga dengan kehadiran Pengurus Besar Network Development Central dan Pengurus Besar Negeri Kuala Lumpur.

Acara dimulai dengan kata aluan pengerusi majlis saudara Ibrahim Haji Ismail dan seterusnya bacaan Doa oleh Saudara Fadzilah Sahimi Hj. Jusoh. Acara diteruskan dengan kata-kata aluan dari Penolong Pengurus Besar AND KL En. Zulkifli Bin Mohammad.

Photo-photo berkaitan dengan majlis :




































































1 comment:

  1. sayangnya 2018 hanya satu aktiviti bersama sahaja yang dapat jadi kenangan..gambar menunjukkan seribu makna dan keakraban kita.

    ReplyDelete

Engagement Session AND KL bersama GM KL/MSC

Engagement Session AND KL bersama GM KL/MSC telah diadakan pada 10hb. Februari 2023 di perkarangan tempat letak kereta TM Bukit Anggerik. Ma...