JOM BERSAMA SGM KL
Majlis ramah mesra bersama Pengurus Besar Negeri Kuala Lumpur (Jom Bersama SGM KL) telah diadakan pada 11hb. Ogos 2017 di bilik mesyuarat tingkat 1 Ibusawat TM Bukit Anggerik bermula jam 8.30 pagi..
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Saudara Fadzilah Sahimi bin Jusoh dan Nyanyian lagu NegaraKu serta lagu Kristal menyusul selepas itu. AGM ANDKL, En. Zulkifli bin Mohammad seterusnya mengambil tempat untuk memulakan ucapan dan akhirnya ucapan oleh SGM KL Puan Sharliza.
Majlis diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati oleh Puan Sharliza kepada En. Zul dan juga kepada semua staff ANDKL. Seterusnya Puan Sharliza menyampaikan sumbangan Kristal kepada staff yang baru mendapat cahaya mata dan staff yang kematian ahli keluarga. En. Zul kemudiannya mewakili semua staff ANDKL menyampaikan cenderahati kepada Puan Sharliza. Kemudian En. Zul membuat ucapan penutup dan diikuti acara bergambar bersama Puan Sharliza mengambil tempat.
Majlis diakhiri dengan jamuan serta majlis ramah mesra.
Bacaan Doa
Nyanyian Lagu NegaraKu dan Kristal
Ketibaan Puan Sharliza SGM KL
Ucapan En. Zul AGM AND KL
Ucapan Puan Sha SGM KL
Penyampaian Cenderahati
dari Puan Sha kepada En. Zul
Penyampaian Cenderahati dari
Puan Sha ke Semua Staff AND KL
Penyampaian Sumbangan Kristal
Untuk Yang mendapat Cahaya mata baru
dan staff yang kematian ahli keluarga
Penyampaian Cenderahari
dari ANDKL kepada Puan Sha
Ucapan penutup
Oleh En. Zul AGM ANDKL
Gambar............